Thursday, December 16, 2010

TRON: Legacy Premiere Screening


Malam tadi aku follow Phreak ID pegi tengok premier screening TRON: Legacy kat TGV Sunway Pyramid. Memandangkan alang-alang aku dah kat KL aku buat keputusan nak gerak sekali satu kereta. Jadi petang tu singgah la kejap kat rumah Phreak ID kat Sri Permaisuri sebab ingat nak mandi dulu...

Sape perasan tweet aku masa jadi penunggu kejap semalam?

Sampai rumah dia dalam pukul 5:50 PM tapi cuma dapat masuk rumah pukul 6:30 PM - sebab dia silent HP. Call berpuluh kali tak jawab - nasib baik last-last dia bukak twitter dan nampak tweet aku. Dah macam penunggu kat depan lif dah aku.. siap kena smash kat kepala dengan bola pingpong dengan budak2 yang main kat depan lif. Macam haram.


Lepas sesi maki hamun, ambil bahan bukti untuk dijadikan modal untuk point Phreak ID balik masa dia tengah mandi, dan lepas aku mandi dan siap-siap.. kitorang pun gerak pegi Sunway. Masa nak amik tiket terserempak ngan BroFrameStone dan Khaizarien.. Lepas tu jumpa pulak dengan Shahroll dan MrCurly kat Burger King (siot lupa nak mintak PhreakID duit burger.. dah la curik onion ring aku).. Lepas makan.. kitorang terus naik atas dan terserempak pulak dengan AnakPerak yang macam hilang bini sebab RedLinda sesat kat parking lot haha.. Tegur-tegur jap ngan Bean Moreno yang lepas tegur terus ajak lepak dengan syarat kena bagi dia time nak hantar bini dia balik dulu.. Tak lupa jugak jumpa CikLilyPutih dan hubby.

Phreak ID (bekas penunggang motosikal TiJekEm) sedang memberikan khidmat nasihat kepada Replika Sam Flynn

Kitorang pun ada jumpa celebrity tau time tu.. Tak percaya? Tengok la gambar kat bawah ni - Suka gila CikLilyPutih & hubby dan Shahroll bergambar ngan celebrity tu..

Riang sungguh mereka dapat bergambar dengan celebrity


Overall cerita best walaupun lari sikit dari plot cerita TRON yang asal.. tapi banyak character lama yang ada dalam movie ni. Daft Punk pun ada tau.. kalo korang check kat video bawah ni.. diorang kat dalam bilik 2 orang pakai mask time scene Zuse (mamat metro pakai tongkat)

WARNING: Banyak scene yang mantap!


Lepas abis cerita kitorang sambung pulak lepak kat Sri Bidara.. sila layan gambar-gambar yang ada ye.

BroFrameStone yang girang dan AnakPerak yang masih tak dapat melupakan trauma kehilangan RedLinda

 Phreak ID, Khaizarien dan BroFrameStone

Kitorang punya Shisha Alchemist malam itu - bro Shahroll

BeanMoreno yang sedang mabuk otak-otak


Aku tengah buat sembur nyamuk kat lokasi kejadian

Nota Kaki Kiri: Ok.. aku betul-betul suka design satu character dalam TRON: Legacy ni tapi tak ingat nama baru dia.. nama lama dia biar la aku diam-diam kasik korang tengok dulu kalau tak dah jadi spoiler pulak kan.. Sketch kat bawah adalah sesuka hati - takde kene mengena dengan design character sebenar. TQ

20 comments:

hans said...

aku baca kosmo tadi
baru tahu filem tu rupanya kesinambungan dari filem yang lepas yang ditayangkan pada tahun 80-an cam tu

kira kalau tak tgok filem dulu n gi tgok filem nih rasa2 aku faham tak jalan cerita dia bro?

akiss ferrero. said...

hoi asap sembur kalah foging nyamuk! hhahhha

Bro Framestone said...

bro layan yang cite 80-an dulu... memang minat la.. even last2 bro ingat lupa cam mne endingnye...

peh ape aku buat di situ... nnt curik gambar leh

tia said...

kahkah! suka btul membahan sme sndiri kann ?
gelak sakan tgk gmbr phreak id.
kahkahkahkah!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Semburan nyamuk berbau watermelon.. suka lah nyamuk2 kat bidara tu! ahahah~ nice posting Che Arm!

yours
SH

che armster said...

@hans: yup.. sambungan dari TRON tahun 1982. Actually pelakon TRON yg lama berlakon balik untuk watak diorang

che armster said...

@akiss ferrero: nama pun shisha haha

che armster said...

@Bro Framestone: tu la.. igt2 lupa sebenarnya jln cerita dia mcm mana. Tapi memang perasan bapak Sam tu memang pelakon asal cerita tu

che armster said...

@Shahrul Hairy Shaharuddin: haha TQ incik alchemist sebab belanja

che armster said...

@tia: tia jom karok!

mr.curly said...

bro..smlm wa sesat cari parking kete mase nk blk..aduh!!!

Mknace said...

:):):)
terrbaekkk!!!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

@Che Arm: tak de hal, aku selalu bershisha kat situ.. hehhe..dapat rege kawan2.. huhu~

Ery Farieha said...

pergh asap kau!

ReD Linda said...

mula2 aku dh kesian kat kau sbb kena smash sebijik dek bola ping pong. tbe2 baca lagi, kau gelakkan aku lost nak cr pintu masuk kat parking! terus aku "PADAN MUKA KAU KENA SMASH!HAHAHAH" :P

phreak-id said...

Masa aku mula-mula bukak pintu tu, muka dia marah giler. Pastu aku mcm diam je la takut.

"sory arm, aku tersilent henpon.."

"macam tunggul aku tunggu dah setengah jam kau tahu tak? grrr. dah la kena smash dengan bola pinpong kat luar dengan budak-budak tu"

Terus aku gelak berdekah-dekah. Pastu boleh pulak dia senyum sebab terlepas cakap kena smash ngan budak kecik.. hahahaha

phreak-id said...

Gambar DDR lagikk... pecah punggung betul la.!!

Terbaru >> 1) Nuffnang Premiere Screening of TRON : Legacy 12) Thank You Nuffnang 3) Karekter Terbaru Dalam Transformers 3 - Dark Of The Moon

ken said...

been looking forward to the movie.. cant wait to hit the cinema to watch this :)

eQin_BaD said...

haha.. kesian betul sebb kene smash.. =p

ENCIK TIKUS said...

just nak komen pasal reaction muka bro framestone and bean, keh keh