Thursday, October 27, 2011

Aku dan Perenggan Hidup Baru Sebagai Suami



Assalamualaikum,

 Lama betul tak update blog ni.. Bukan tak mau update, tapi aku betul-betul sibuk selama ni. Macam yang korang dapat baca kat blog Hana, majlis pernikahan kami cuma dirancang tak sampai 2 bulan. Supposedly buat the day before our reception which will fall this coming December, tapi masa raya haritu mak aku bising sebab tengok kitorang dah macam tak boleh duduk jauh-jauh, jadi untuk mengelakkan dosa + orang mengata, why not cepatkan je majlis. At least kita boleh 'bunuh syaitan' awal sikit (if you know what I mean :P) 

Ye.. Memang serba salah bila rakan-rakan blogger tak dijemput untuk memeriahkan majlis, tapi perancangan dalam masa terhad ni tak dapat lari dari kekurangan. Lagipun memang dah diniat oleh kedua belah famili untuk buat majlis yang ringkas, cukup la kalau saudara-mara dan rakan terdekat untuk hadir - yang penting sekarang aku dan Hana dah selamat diijab-kabulkan. 

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab ambil keputusan ni. Bahagia dia lain macam sikit wooooooo... Mereka-mereka yang tengah tunggu turn tu sila la menjelesi diri ini. Bagi yang tengah mencari, aku doakan korang dapat pasangan yang memahami diri masing-masing - aku bersyukur dapat jumpa jodoh yang terbaik untuk diri aku, dan aku harap korang pun dapat pasangan yang sama.

Apa perasaan masa nikah? Tipu la kalau tak gabra.. Tak senang duduk tau tak! Dah la kena mainkan dengan tok kadi+saksi... Tak pasal-pasal kena ucap lafaz akad 2 kali sebab takde "nya" - Ini guide: Sebelum akad nikah, confirmkan dengan diorang dulu ada berapa "nya" (e.g. Aku terima nikah(nya) nama pengantin dengan maskahwin(nya) XX ringgit tunai). Just a note, Johor cuma ada 1 "nya" whereas Negeri Sembilan kena sebut 2 kali. Hampeh betul.. Hilang kekonfidenan aku masa tu. Nasib baik 2nd time lancar dan padu (tapi lepas settle menggeletar tangan masa nak sign borang... Lambat gila hilang sampai tahap salam dengan bapak mertua sambil tertonggeng).

Kad undangan resepsi kedua belah pihak still dalam proses printing.. InsyaAllah bila dah siap akan diedarkan kepada semua. Majlis resepsi belah Hana akan berlangsung pada 24 Disember nanti manakala belah aku 5hb Februari 2012 (kena delay sebab combine majlis dengan adik aku). Akhir kata, aku mintak maaf andai ada yang terguris hati, tersentap-tap-tap bila tak dijemput semasa majlis pernikahan kami.. Bak kata penceramah Ehwal Islam dan pengerusi majlis masa sekolah rendah dulu.. Yang baik tu datang daripada Allah dan yang buruk tu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Doakanlah agar hubungan kami berkekalan sampai ke hujung usia.

Nota Kaki Kiri: Sejak lama tak berblog+lepas kahwin ni rasa macam ayat aku sedikit kematangan la. Hahahaha

Saturday, September 10, 2011

Sponsored Post: Volkswagen Das Auto 2011

DISCLAIMER: Ini ialah Sponsored Entry.

Semalam (8 September 2011) aku dan beberapa blogger lain macam Tokey Rimau Eyriqazz, Pemerah Susu Fernleaf MohdZaid, TianChad dan lain-lain telah dijemput untuk majlis media Volkswagen Das Auto 2011 bertempat di Volkswagen Dome, Stadium Bukit Jalil. 


Sementara menunggu majlis bermula, para tetamu di"hibur"kan dengan demo Golf GTI dalam permainan Gran Turismo 5, dan makanan yang sedap-sedap belaka.

The crowd - everyone is waiting with anticipation to see the cars
Walaupun main game.. gaya mesti nak kena ada.. hahahhaa
Turn Simon pulak buat sesi sprint test secara virtual
Ini antara makanan yang disediakan.. yang lain asyik lupa nak snap sebab ghairah mengunyah
The accessories
More accessories
Ramai-ramai bergerak menuju "The DOME"
Kami kemudiannya bergerak menuju ke dewan utama, berbentuk kubah yang gila AWESOME - 360degree video tu!! First time tengok skrin sebesar kubah masjid. Tambah menarik, kami kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran kereta-kereta keluaran Volkswagen yang dipandu di atas pentas, mengelilingi dewan berlatar-belakangkan video - good job Volkswagen for keeping us in awe! *thumbs*

Elaine Daly.. our MC for the Day
Opening speech by Petra Schreiber, Marketing Director of VW Group Malaysia
Masa untuk melelehkan air liur melihat kereta -  Golf series tuuuuuuuu
MPV anyone? *wipe drools*
Passat CC untuk para eksekutif.. smart jugak sedan ni. Next year pemasangan kat Malaysia tu!
Nampak tak diorang drive atas stage keliling dewan.. serius smart gila!
Siap ada background video cover the whole dome's roof lagi..
Selesai sesi pengenalan kenderaan keluaran Volkswagen, kami dikejutkan lagi dengan persembahan nyanyian. Mula-mula blur sekejap sebab tertanya-tanya kenapa jemput kanak-kanak menyanyi. Rupa-rupanya Ella ada dikalangan crowd - nyanyian beliau memang superb!
Ella and the kids!
Kami kemudiannya dibawa ke dewan pameran dimana kami boleh melihat sendiri secara dekat kenderaan-kenderaan keluaran Volkswagen - bukan dekat di mata saja tau, kitorang siap duduk dalam kereta dan melihat sendiri kehebatan kejuruteraan Jerman dalam mereka kenderaan. Kalau tak percaya sila tengok gambar Eyriqazz dengan EOS impian beliau.. kalau dia beli ni confirm senang nak tambah lagi 3 isteri hahaha
Polo GTI
the infamous Golf GTI
The Scirocco
Besar gila Touareg ni..
Tiguan ni pun smart
Passat CC untuk peminat sedan
EOS.. boleh tak pinjam buat amik gambar post wedding? cool tu bawak convertible
Tengok.. Eyriqazz naik terus nampak macam Towkey Balak.. macam Dato K pun ye jugak hehe

Kalau korang semua nak tengok sendiri betapa hebatnya rekabentuk kenderaan ni, Volkswagen Das Auto 2011 akan dibuka kepada orang ramai secara percuma pada 10 dan 11 September 2011 ini. Korang semua boleh layari http://bit.ly/nX0pVk atau Volkswagen Das Auto 2011 website untuk maklumat lanjut. Datang weh.. serius korang takkan menyesal!

Ich bin Ihnen sehr dankbar Volkswagen!!